Sunday, March 7, 2010

Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup?

Assalamu'alaikum dan salam ceria semua....

Naluri manusia sentiasa akan suka melihat,mendengar,mengkaji dan cuba meniru semula benda-benda tersebut. Seandainya benda itu adalah benda yang baik dan ok, tak menjadi masalah.tetapi kalau sebaliknya bagaimana? apa yang akan terjadi pada kehidupan seseorang itu jika dia berpandukan pada arah atau petunjuk yang salah?

Berbalik kepada soalan di atas.Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup? Dalam hidup kite,dalam hidup kawan-kawan kita,keluarga kita?

Sebagai wanita, lebih sesuai jika kita menjadikan wanita juga sebagai contoh di dalam hidup kita. Ramai tokoh-tokoh yang dapat dijadikan contoh. Yang hebat beribadahnya seperti Rabiatul Adawiyah, yang kental imannya seperti Asiah,isteri Firaun ataupun tabahnya hati seorang isteri dan ibu seperti Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim.

Namun kali ini, mari kita berkongsi cerita mengenai isteri kesayangan Rasulullah, Siti Khadijah r.a.
Di antara kelebihan beliau ialah sanggup mengorbankan seluruh harta bendanya demi untuk membantu suaminya membela agama Islam. Kekayaan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk jalan Allah. Sehingga di akhir hayat beliau, beliau menyatakan '' Seandainya tulang-tulangku dapat dijual untuk kegunaan di jalan Allah, maka juallah "". Betapa hebatnya keperibadiannya. Subhanallah.

Dan yang paling menariknya tentang Siti Khadijah ialah ketika peristiwa selepas Nabi Muhammad menerima wahyu. Di saat dan di kala Nabi buntu dan ketakutan, hadirnya beliau di sisi baginda dengan respon yang sangat memtenteramkan jiwa baginda. Kelakuan dan tutur katanya menjadikan Rasulullah tenang dan gembira. Sungguh benar bak kata-kata, isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penenang hati,penajam fikiran.

Molek benar jika para isteri dapat menghayati sekaligus cuba meniru apa yang beliau tunjukkan pada kita.

Sedikit petikan lagu mengenai Siti Khadijah (nyanyian kumpulan In Team)

Kaulah lambang cinta sejati

Srikandi pertama tika Islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya

Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah

Qudwah hasanah tauladan ummah

Tika Rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir


Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah

Pemergianmu ditangisi nabi

Hingga kini tiada pengganti


Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju Allah

Jika teman seperti Khadijah

Masih ada lagi... 


Masihkan ada lagi...????

1 comment:

annas said...

masihkah ada lagi? insyaAllah masih ada..dan mudah2an kite pun akan begitu jua...amin..huhu