Monday, April 26, 2010

Sunday, April 18, 2010

Sukaneka




TARIKH : 18hb April 2010

TEMPAT : Padang Bukit Layang-layang, Pasir Gudang

Nisa' PG bersedia membantu menjayakan SUKANEKA PASTI. Nisa' sebagai tenaga kerja berbesar hati kerana dijemput untuk membantu dan memeriahkan sukaneka bersama anak-anak PASTI yang 'cute' dan bersemangat dalam setiap pertandingan.

Terima kasih kepada Pengurusan Pasti kerana menjemput kami.
                  

Friday, March 19, 2010

Dare To Care

Segala puji dan syukur kepada Allah,tuhan sekelian makhluk dan alam. 

Pada 7 March yang lalu,kita bersama-sama telah menjayakan satu program yang menarik iaitu Program Mempertahankan Diri. Program tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran 40 orang peserta. tidak mengira umur dan pangkat. 

Buat seketika para ibu dan anak kita 'melarikan diri' dari rutin-rutin biasa yang dilalui setiap hari. Semua itu adalah untuk mempelajari satu ilmu baru yang juga dituntut untuk dipelajari oleh Islam. Dalam program kali ini, peserta didedahkan tentang cara untuk mempertahankan diri ketika berlaku kecemasan.

Banyak pengalaman menarik tak kurang juga yang melucukan sepanjang program berjalan. Apapun di harap program yang berlangsung selama setengah hari di Dewan Taman Cendana ini, dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Jangan lupa untuk bersama-sama join dengan geng-geng kita yang lain di aktiviti yang akan datang.

-Dare to Care-


 
Sesi mendengar penerangan dan teori asas,,,khuyukkk



 Menguji kekuatan tumbukan dan sepakan ..yeaaarrhhhh




 Asas elakan 



 Masa untuk beraksi ..jangan rapaaat


Temubual bersama salah seorang peserta yang 'happening' 



Wajah-wajah ceria semua yang terlibat setelah abis program... Cayalahh





Sunday, March 14, 2010

Kembali kepada fitrah.....

http://www.ziddu.com/download/8207616/BayiUSGBersujudKetikaDiperdengarkanAyat2Al-Quran.flv.html

Sunday, March 7, 2010

Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup?

Assalamu'alaikum dan salam ceria semua....

Naluri manusia sentiasa akan suka melihat,mendengar,mengkaji dan cuba meniru semula benda-benda tersebut. Seandainya benda itu adalah benda yang baik dan ok, tak menjadi masalah.tetapi kalau sebaliknya bagaimana? apa yang akan terjadi pada kehidupan seseorang itu jika dia berpandukan pada arah atau petunjuk yang salah?

Berbalik kepada soalan di atas.Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup? Dalam hidup kite,dalam hidup kawan-kawan kita,keluarga kita?

Sebagai wanita, lebih sesuai jika kita menjadikan wanita juga sebagai contoh di dalam hidup kita. Ramai tokoh-tokoh yang dapat dijadikan contoh. Yang hebat beribadahnya seperti Rabiatul Adawiyah, yang kental imannya seperti Asiah,isteri Firaun ataupun tabahnya hati seorang isteri dan ibu seperti Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim.

Namun kali ini, mari kita berkongsi cerita mengenai isteri kesayangan Rasulullah, Siti Khadijah r.a.
Di antara kelebihan beliau ialah sanggup mengorbankan seluruh harta bendanya demi untuk membantu suaminya membela agama Islam. Kekayaan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk jalan Allah. Sehingga di akhir hayat beliau, beliau menyatakan '' Seandainya tulang-tulangku dapat dijual untuk kegunaan di jalan Allah, maka juallah "". Betapa hebatnya keperibadiannya. Subhanallah.

Dan yang paling menariknya tentang Siti Khadijah ialah ketika peristiwa selepas Nabi Muhammad menerima wahyu. Di saat dan di kala Nabi buntu dan ketakutan, hadirnya beliau di sisi baginda dengan respon yang sangat memtenteramkan jiwa baginda. Kelakuan dan tutur katanya menjadikan Rasulullah tenang dan gembira. Sungguh benar bak kata-kata, isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penenang hati,penajam fikiran.

Molek benar jika para isteri dapat menghayati sekaligus cuba meniru apa yang beliau tunjukkan pada kita.

Sedikit petikan lagu mengenai Siti Khadijah (nyanyian kumpulan In Team)

Kaulah lambang cinta sejati

Srikandi pertama tika Islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya

Kerna iman kau sanggup berjuang

Siti Khadijah namamu indah

Qudwah hasanah tauladan ummah

Tika Rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir


Siti Khadijah mujahidah solehah

Agung jasamu dipersada sejarah

Pemergianmu ditangisi nabi

Hingga kini tiada pengganti


Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju Allah

Jika teman seperti Khadijah

Masih ada lagi... 


Masihkan ada lagi...????

Friday, February 26, 2010

PROGRAM BELADIRI ANJURAN BERSAMA NISA' PG & NISA TEBRAU

HARI : AHAD TARIKH :7 MAC 2010 TEMPAT : DEWAN TAMAN CENDANA MASA : 7.30pg - 1.00ptg BAYARAN : RM 10 TO ALL MOSLEM LADIES 15 - 40years

Bowling Nisa' 2009

Alhamdulillah.pertandingan bowling yang dianjurkan oleh Nisa' kawasan telah berjaya dijalankan. Pertandingan ini telah disertai oleh para ibu dan anak-anak penduduk sekitar kawasan pasir gudang. Berikut adalah gambar-gambar sekitar program berkenaan.

Friday, February 12, 2010

Bersempena kedatangan hari kelahiran baginda Rasulullah saw, marilah sama-sama kita selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah saw sebagai lambang cinta dan kasih kita kepada baginda. Semoga kita mendapat ganjaran dari Allah swt dan menyemai rasa rindu kita kepada Rasulullah saw. Kelebihan berselawat
-Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Monday, February 8, 2010

FEB - AKTIVITI NISA PG

LATEST !!!

JOIN LAWATAN ILMIAH KE KELANTAN BERSAMA NISA PG

11 FEB - 13 FEB 2010
RELAX KAN MINDA...TENANGKAN HATI..ENJOY!!!

NAK RELEASE??? ADA LAGI.....

FUTSAL BERSAMA NISA

13 FEB 2010 @ AIR BIRU

Sunday, February 7, 2010

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah & senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan & penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan....
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga....
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar..
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Thursday, February 4, 2010

Day of Judgement (Kiamat)

When there is only a single star left in the sky. At that very moment, the path of forgiveness will close. The writing in the Quran will vanish. The sun will lower itself with the earth. Prophet Muhammad saw said, "Who delivers this news to someone else, I will on the Day of Judgement make for him a place in Jannah"

Tuesday, February 2, 2010

langkah pertama untuk sebuah perjalanan...

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan segala puji bagiNYA pemilik sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW maka hari ini terciptalah blog rasmi nisa pasir gudang ini..