Monday, April 26, 2010
Sunday, April 18, 2010
Sukaneka
TARIKH : 18hb April 2010
TEMPAT : Padang Bukit Layang-layang, Pasir Gudang
Nisa' PG bersedia membantu menjayakan SUKANEKA PASTI. Nisa' sebagai tenaga kerja berbesar hati kerana dijemput untuk membantu dan memeriahkan sukaneka bersama anak-anak PASTI yang 'cute' dan bersemangat dalam setiap pertandingan.
Terima kasih kepada Pengurusan Pasti kerana menjemput kami.
Friday, March 19, 2010
Dare To Care
Segala puji dan syukur kepada Allah,tuhan sekelian makhluk dan alam.
Pada 7 March yang lalu,kita bersama-sama telah menjayakan satu program yang menarik iaitu Program Mempertahankan Diri. Program tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran 40 orang peserta. tidak mengira umur dan pangkat.
Banyak pengalaman menarik tak kurang juga yang melucukan sepanjang program berjalan. Apapun di harap program yang berlangsung selama setengah hari di Dewan Taman Cendana ini, dapat dimanfaatkan oleh kita semua.
Jangan lupa untuk bersama-sama join dengan geng-geng kita yang lain di aktiviti yang akan datang.
-Dare to Care-
Sesi mendengar penerangan dan teori asas,,,khuyukkk
Menguji kekuatan tumbukan dan sepakan ..yeaaarrhhhh
Asas elakan
Masa untuk beraksi ..jangan rapaaat
Temubual bersama salah seorang peserta yang 'happening'
Wajah-wajah ceria semua yang terlibat setelah abis program... Cayalahh
Sunday, March 14, 2010
Sunday, March 7, 2010
Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup?
Assalamu'alaikum dan salam ceria semua....
Naluri manusia sentiasa akan suka melihat,mendengar,mengkaji dan cuba meniru semula benda-benda tersebut. Seandainya benda itu adalah benda yang baik dan ok, tak menjadi masalah.tetapi kalau sebaliknya bagaimana? apa yang akan terjadi pada kehidupan seseorang itu jika dia berpandukan pada arah atau petunjuk yang salah?
Berbalik kepada soalan di atas.Siapakah yang menjadi contoh dalam hidup? Dalam hidup kite,dalam hidup kawan-kawan kita,keluarga kita?
Sebagai wanita, lebih sesuai jika kita menjadikan wanita juga sebagai contoh di dalam hidup kita. Ramai tokoh-tokoh yang dapat dijadikan contoh. Yang hebat beribadahnya seperti Rabiatul Adawiyah, yang kental imannya seperti Asiah,isteri Firaun ataupun tabahnya hati seorang isteri dan ibu seperti Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim.
Namun kali ini, mari kita berkongsi cerita mengenai isteri kesayangan Rasulullah, Siti Khadijah r.a.
Di antara kelebihan beliau ialah sanggup mengorbankan seluruh harta bendanya demi untuk membantu suaminya membela agama Islam. Kekayaan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk jalan Allah. Sehingga di akhir hayat beliau, beliau menyatakan '' Seandainya tulang-tulangku dapat dijual untuk kegunaan di jalan Allah, maka juallah "". Betapa hebatnya keperibadiannya. Subhanallah.
Dan yang paling menariknya tentang Siti Khadijah ialah ketika peristiwa selepas Nabi Muhammad menerima wahyu. Di saat dan di kala Nabi buntu dan ketakutan, hadirnya beliau di sisi baginda dengan respon yang sangat memtenteramkan jiwa baginda. Kelakuan dan tutur katanya menjadikan Rasulullah tenang dan gembira. Sungguh benar bak kata-kata, isteri cerdik yang solehah,penyejuk mata,penenang hati,penajam fikiran.
Molek benar jika para isteri dapat menghayati sekaligus cuba meniru apa yang beliau tunjukkan pada kita.
Sedikit petikan lagu mengenai Siti Khadijah (nyanyian kumpulan In Team)
Srikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Kerna iman kau sanggup berjuang

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Tika Rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir
Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...
Masihkan ada lagi...????
Friday, February 26, 2010
PROGRAM BELADIRI ANJURAN BERSAMA NISA' PG & NISA TEBRAU
HARI : AHAD
TARIKH :7 MAC 2010
TEMPAT : DEWAN TAMAN CENDANA
MASA : 7.30pg - 1.00ptg
BAYARAN : RM 10
TO ALL MOSLEM LADIES 15 - 40years
Bowling Nisa' 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)